80 rumah di Perlis bakal dipasang panel solar – MICRO SOLAR ENERGY
Responsive image
Article

80 rumah di Perlis bakal dipasang panel solar

80-rumah-di-perlis-bakal-dipasang-panel-solar

https://www.bharian.com.my/node/177775

ARAU: Sebanyak 80 rumah milik golongan kurang berkemampuan di sekitar Pauh di sini, akan dilengkapi panel solar bagi memberi peluang mereka menikmati pendapatan tambahan.

Inisiatif itu sempena program SuriaKU kendalian kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), dengan setiap rumah yang terpilih bakal menjana pendapatan antara RM400 hingga RM600 sebulan bergantung kepada cuaca.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man, berkata ia adalah kali kedua program itu dilaksanakan di Perlis selepas 20 rumah milik golongan kurang kemampuan dipilih kali pertama pada Januari 2014.

“Melihatkan kejayaan ini (pendapatan tambahan), kerajaan meluluskan RM5 juta untuk mengembangkan program SuriaKU di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kembara Seindah Syawal 2016 anjuran NCIA di sini, hari ini.

Mengenai kos, katanya, pemasangan panel solar untuk menghasilkan empat kilowatt (KW) elektrik sehari di setiap rumah adalah RM50,000.

“NCIA turut mengeluarkan modal kerana kos pemasangan panel solar ini tinggi. Pelaksanaan (pemasangan) itu bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa tenaga selain kesediaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membelinya,” katanya.